Daun Sup Mencuci Buah Pinggan

Rawatan alternatif mencuci buah pinggang


Assalamualaikum

Aku dapat satu info tentang hal kesihatan dari keluarga aku sendiri. Daun sup mampu mencuci buah pinggang. Pada mulanya aku tak pasti betul ke daun sup boleh di jadi sebagai bahan mencuci buah pinggang. Jadi macam biasa la aku pun mencari maklumat-maklmat dari pembacaan di internet tentang keabikan daun sup dalam membantu mencuci buah pinggang.
Rawatan+alternatif+mencuci+buah+pinggang

Daun Sup atau Seledri

Ternyata banyak laman-laman sesawang yang menceritakan hal daun sup atau seledri ni. Dan memang terdapat khasiat yang tersendiri khasnya dalam kecantikan dan kesihatan. Biasanya daun sup atau selderi ni digunakan dalam membuat salad dan hiasan makanan. Walaubagaimanapun, akar, daun dan batangnnya diguna bagi tujuan terapeutik dalam perawatan dan pencegahan penyakit.

Dalam perubatan tradisional, saderi di gunakan bagi menghapus parasit di dalam usus. Dan dalam perubatan cina pula, saderi dipercayai dapat merawat penyakit tekanan darah tinggi. Daun sup banyak di gunakan di dalam makanan kerana rasanya yang sedap dan aromanya yang menyegarkan tu. Betul tak? Yang pasti, pengambilan daun sup yang betul insyallah akan dapat mencegah bebrapa penyakit.

Contoh-contoh penggunaan daun sup atau sederi dalam perubatan

  • Detoksifikasi badan
  • Penglihatan
  • Membersihkan darah
  • Arthritis
  • Memberihkan buah punggang
  • Jangkitan pundi kencing manis
  • Diuretic
  • Sakit reuatik
  • Melangsingkan dan penurunan berat badan
  • Merendahkan tekanan darah tinggi
  • Shampoo melebatkan rambut
  • Jus minumam kesihatan
  • Kecantikan

Resepi Daun Sup atau Sederi untuk mencuci buah pinggang

  • Ambil seikat daun sup
  • Basuh sehingga bersih dengan air yang bersih
  • Masukkan daun kedalam periuk dan masukkan sedikit air bersih
  • Rebus 10-20 minit
  • Setelah mendidih, biarkan sejuk.
  • Tapis untuk asingkan daun dan airnya.
  • Masukkan air dalam botol dan simpan dalam peti ais.
  • Amal meminum air rebuan ini segelas sehari pada waktu malam.
  • Insyallah jika di amalkan, badan anda akan berasa ringan. Kita hanya ikhtiar selebihnya tawakal kepada Allah.

Itu sahaja perkongsian dari aku. Aku harap bermanfaat. Kalau korang nak info lebih lagi, Korang google je dengan kata kunci khasiat daun sederi atau sup, daun sup dalam perubatan, daun sup mencegah buah pinggang dan macam kata kunci korang boleh guna. Ok la selamat mencuba.

Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
2 Ogos 2015 pada 10:21 PG delete

Daun sup memang bagus untuk diri manusia

Reply
avatar
Papaglamz
AUTHOR
2 Ogos 2015 pada 10:51 PG delete

Betul Sedap pun iyer jugak kan.. Segar je bau die..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
5 Ogos 2015 pada 8:38 PTG delete

baru tahu :D ingatkan untuk tabur dalam sup @ ats makanan je heee

Reply
avatar