Madu Versus Sudu Besi

Sudu besi merosakkan khasiat madu asli


Assalamualaikum

Semalam aku ade buat satu entri Teh 'O' Panas Madu 3. Ternyata entri resepi mudah tu ramai yang respons dan view. Alhamdulillah. Dalam gambar yang aku amek tu, aku guna sudu besi. Ade la yang response dalam facebook cakap yang khasiat madu tu akan hilang kalau kita guna sudu besi. Seriously, ini first time aku dengar.
Sudu beri merosakkan khasiat madu asli
Aku pun mula la cari sikit-sikit maklumat pasal sudu besi versus madu lebah. Aku pun jugak tanya pak cik urut tempat aku beli madu tu. Ape yag aku dapat dari bacaan aku la. 

Besi merosakkan khasiat madu


Ada satu kajian yang di buat dari Kelab Lebah Kelulut  yang mengatakan bahawa "PENGENDALIAN' madu manggunakan bekas besi adalah "DI LARANG' sama sekali. Maksud pengendalian kat sini ialah penyimpanan, pengambilan dan penggunaan. Kenapa tak boleh ye? Sebab madu ni bersifat asid. Jadi sekiranya kita menggunakan barangan besi untuk penyimpanan yang lama, besar kemungkinan untuk bekas itu mengarat dan merosakkan khasiat sebenar madu tu.

Gambar berikut adalah antara eksperiment yang di buat bagi menunjukkan kesan madu tehadap pengaratan besi. Ternyata, titisan-tisan madu di atas permukaan kepingan besi menunjukkan kesan pengaratan. Jadi betul la penggunaan besi adalah di larang sebab akan pengratan dan akan merosakkan khasiat sebenat madu tu.
Sudu beri merosakkan khasiat madu asli
Tompok-tompok putih tu la kesan pengaratan awal kepingan besi

Sudu besi menghilangkan aura-aura tenaga dari Madu asli


Ade juga satu pendapat mengatakan yang sudu besi akan membuang sekala tenaga yang ada pada madu sebelum ia masuk kedalam tubuh kita. Yela, sudu besikan pengalir yang baik. Jadi tenaga-tenaga dan ion-ion khasiat mudah hilah gitu la kalau kita gunakan sudu besi. Hmm, logik jugak ni. 

Pengambilan madu menggunakan sudu tahan karat(Stinless Steel)


Aku baca lagi hal sudu besi versus madu. Ade juga pendapat yang mengatakan boleh menggunakan sudu satinless steel yang tidak berkarat. Ye la, bila cakap madu hilang khasian bila guna sudu besi sebab kekaratan, Unutuk sudu yang stainless stee macam mana pulak kan? Bagi aku la kan, berdasarkan point yang karat tu, mungkin ade logiknya kalau aku katakan boleh je nak guna sudu stainless steel.

Kesimpulan aku


Oleh sebab aku ni student chemiistry. Ala-ala logikal sains tu dalam kepala aku la kan? Maka aku decide yang sudu besi tak boleh guna la. Sebab ade pengaratan nanti. Kan jadi lagi bahaya. Untuk sudu stainless steel mungkin boleh. Dan adalah lebih baik menggnakan sudu plastik atau kayu. Ikut korang la nak yang mana satu. Yang pasti, untuk yang terbaik, guna la sudu plastik. Wallahualam.

-sekian-
Previous
Next Post »