Teh 'O' Panas Madu 3

Teh 'O' panas penyegar tubuh badan


Assalamualaikum

Nak tau tak? Aku baru je siap kemas-kemas rumah. Sapu.. Mop lantai.. Dan macam-macam lagi la. Esok permaisuri hati aku nak balik rumah ni. Jadi aku kemas-kemas la sikit. Menyambut permaisuri kan? Cuma karpet merah je aku tak pasang sebab tak de. Haha. Kemas punya kemas tak sedar dah nak pukul 12 tengah malam. Eh malam ni malam jumaat la. Ooooooo. Nyaris-nyaris lupa. Hehehe.

AKu penat sekarag ni. Aku haus, jadi aku minum air Teh 'O' Panas Madu Tiga ni. Resepi aku sendiri. Aku memang tiap malam minum air madu sebelum tido. Nak jaga kesihatan kan. Ye la, madu kan elok. Banyak rahsia-rahsia kebaikan bagi mereka yang mengamalkan minum madu. Korang boleh google je. Macam-macam dapat.

Ok la aku nak jugak la share kekononnya resepi buat air Teh 'O' Panas Madu Tiga ni kat korang semua. Resepi yang amatlah mudah. Cuma kalau madu tu takde, bukan Teh 'O' Madu Tiga la jawabnya. Jadi la air teh 'o' biasa. Hehehe
Teh+'O'+panas+penyegar+tubuh+badan

Resepi Teh 'O' Madu Tiga


Uncang teh
3 sudu teh madu asli
Air panas

Cara-cara buat Teh 'O' Madu Tiga


Panas kan air. Masukkan uncang teh ke dalam mug. Tuang air panas. Masukkan 3 sudu teh madu asli. Kacau dan sedia untuk diminum. Minum panas-panas memang best la. Selamat mencuba tau. Aku nak sambung menikmati Teh 'O' Panas Madu Tiga aku ni. Babai. Selamat malam.

-sekian-
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments