Mengidam Jambu Batu

Jambu batu dengan asam 


Assalamualaikum

Jumpa lagi dalam korang. Hari ni, tekak aku lain macam sikit. Sakit tekak dari 3 hari lepas tak juga hilang-hilang. Taktau la. Mungkin aku ni kurang antibodi kot. Aku ni jenis payah sikit nak jumpa doktor ambil ubat. Aku dah minum air madu. Harap cepat la sembuh. Tetime sakit ni aku rasa mengidam pulak. Macam mengada tak? Hehehe. Mengidam jambu batu. Kat tempat kerja lagi aku dah bayang-bayang jambu batu yang di potong-potong dah tu letak serbuk asam. Tolong la terliur. Hahaha

Jadinya aku nekad nak cari jugak jambu batu yang aku idam-idam kan. Kebetulan dan memang rezeki aku kot. On the way aku balik kerja tetiba mak cik depan rumah aku bukak kedai jual jambu batu potong. Memang mak cik tu jual jambu batu dengan air-air kecil-kecilan gitu la. Dah lama tak bukak sebab masih dalam mood raya lagi kan? Serious, macam tetau je aku tengah mengidam. Hehehe.
Jambu+batu+dengan+asam

Aku beli la dua tiga potong jambu batu. Nak beli banyak-banyak tak ade yang nak makan. Husband bujang macam ni la. Sikit-sikit jer. Nanti membazir pulak. Syaitan tak suka orang yang membazir. Hihihi. Alhamdulillah dapat aku makan jambu batu petang ni. Sambi aku update entri ni, tangan kanan aku sedang menyuap jambu dan mulut aku sedang mengunyah. Memang terbaek..!!

Ok la. Sampai di sini sahaja perkongsian dari aku. Jumpa lagi nanti. Insyallah.

-sekian-
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
30 Julai 2015 pada 10:27 PTG delete

Perghh favourite niiii. Tambah2 buahnya sejuk..

Reply
avatar
Papaglamz
AUTHOR
31 Julai 2015 pada 12:35 PG delete

tula.. rasa sekali nak lagi..

Reply
avatar