Resepi Untuk Orang Demam | Labu Air Tumis Lada Hitam

Menu makan tengahari


Assalamualaikum

Aku pasti ramai yang pernah dengar tentang labu air ni kan. Khasiat labu air ini sering sekali diguna pakai dalam perubatan tadisional. Kat sini aku kongsikan beberapa khasiat yang boleh diambil daripada labu air Sumber - Cahaya wahyu:

  • Mampu menurunkan suhu badan yang panas.
  • Membantu menyembuhkan demam yang sangat tinggi.
  • Mengelakkan selsema.
  • Mengubati penyakit asma.
  • Bagi perokok, labu air juga mampu membersihkan paru- paru akibat pengaruh nikotin.
Korang nak tahu kenapa labu air ni berkasiat? Ini di sebabkan kandungan air di dalamnya mempunyai mineral-mineral yang baik untuk kesihatan seperti Vitamin-C, Sponin dan poliferol yang mana ianya bersifat mendinginkan yang mampu menurunkan suhu tubuh kita.
 Labu+Air+Tumis+Lada+Hitam

Resepi Labu Air Tumis Lada Hitam

Bahan-bahan


1 biji labu air
4 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar ikan bilis ditumbuk kasar
1 cawan soohoon yang telah direndam
2 sudu minyak masak
4 cawan air
2 sudu the garam, atau secukup rasa
2 biji cili padi (Jika suka)

 Cara Memasak

1. Buang kulit labu air tanamsendiri dan potong kecil.
2. Lumatkan bawang putih dan lada hitam.
3. Panaskan minyak masak.
4. Tumis bawang putih, lada hitam dan ikan bilis.
5. Bila sudah naik bau, masukkan air dan garam.
6. Apabila air mendidih masukkan labu dan soohoon. 
7. Masak lebih kurang 5 minit atau sehingga labu masak.

Haaa mudah kan..? Labu tumis lada hidam ni memang favourite aku dan isteri aku. Dan setiap kali beli barang dapur mesti aku selit sebiji dua labu air dalam troli. Hehehe. Ok lah, selamat mencuba yer.

Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
4 Ogos 2015 pada 4:17 PTG delete

memang nama labu air tu labu air tanamsendiri ke?
anyway masakan labu air dengan lada hitam ni femes kt dalam majlis kenduri kendara d sekitar kg suami d terengganu.


Jemput Baca: Apa Ada Di Muzium Padi?

Reply
avatar
6 Ogos 2015 pada 12:25 PG delete

Masakan sebegini nampak simple tapi jangan dicabar khasiatnya..bertuah si abang pandai memasak..

Reply
avatar