Steamboat Grill di Temerloh
Assalamualaikum
Aku pernah menghabiskan hujung minggu aku di Temerloh dengan isteri, puas la kami berdating sakan. Kebetulan pula ade satu kedai makan steam boat yang baru bukak. Then, yang best lagi tu owner kedai tu ayah kepada anak murid isteri aku. Jadinya, kami terasa nak meraih simpati la kat kedai baru tu. Hahaha. Alhamdulillah berjaya. Rezeki-rezeki.
Ni lah dia Steam Boat & Grill Buffet House terletak di tengah-tengah bandar temerloh dan sememanya mudah untuk kita temui. Sebabnya jalan di dalam bandar Temerloh ni kebanyakannya one way. Mesti akan lalu la. Dengan tagline "Makan Sepuas-puasnya", pastinya menarik minat ramai pelanggan untuk datang menikmati hidangan yang di sajikan. Ternyata bebaloi dengan harga untuk dewasa RM 22.00 dan kanak-kanak RM 11.00 sememangnya sangat berpatutan. Tambahan pula pelbagai pilihan makanan di sajikan antaranya udang, sotong, ayam, kupang, kerang dan sebagainya. Kebanyakan makanan laut. Best kan?
Kedai yang berkonsepkan warna oren ni sememangnya akan membuat parap pengunjung berasa teruja untuk singgah kerana dari jauh sudah kelihatan menarik sekali. Selain itu terdapat juga kumudahan-kemudahan lain seperti seperti tandas dan tempat meletak kereta yang mudah.
Jadi, ayuh jom kita serbu Steamboat & Grill Buffet House ni. Pemiliknya orang melayu ok. Sudah terjamin semestinya HALAL.
![]() |
Harga yang berpatutuan kan. |
![]() |
Pilihan makanan yang disajikan |
![]() |
Seafood menjadi pilihan utama kami |
![]() |
2 dalam 1. Steamboat dan juga grill |
![]() |
Kami berdua yer untuk semua ini. Hehehe |
Pilihan ditangan anda.
Steamboat & Grill Buffet House
No. 15G Jalan Dato' Bahaman, 2800 Temerloh Pahang
Waktu operasi Selasa - Ahad (10 am - 10 pm)
Koordinate: 3.453156, 102.408637
-sekian-
EmoticonEmoticon