RESEPI SOTO AYAM

Assalamualaikum

RESEPI SOTO AYAM | Sapa peminat soto ayam? Mari saya kongsikan resepi yang mudah ni. Resepi dari sahabat facebook iaitu Aisyah Lani. Selamat mencuba

gambar-soto-ayam

Bahan-Bahan Rempah Tumis

* 3 biji bunga lawang 
* 2 batang kayu manis 
* 4 kuntum cengkih 
* 6 biji buah pelaga 
* 1 sudu besar jintan manis 
* 1 sudu besar jintan putih 
* 1 sudu besar serbuk lada putih atau lada sulah

Bahan untuk dikisar halus:

* 5 biji bawang merah 
* 4 ulas bawang putih 
* 3 batang serai 
* 1 inci halia 
* 1 ketul kunyit hidup

Bahan untuk kuah :

* 1/2 senduk minyak masak 
* 1 ekor ayam saiz sederhana kecil, potong 4 
* 1 mangkuk santan pekat 
* 1 jug air

Bahan untuk dihidangkan soto ayam

* 3-4 bungkus nasi impit, rebus sehingga masak dan potong dadu besar 
* 500 gram taugeh, bersihkan dan potong bahagian akar 
* bawang goreng 
* suhun, goreng hingga garing 
* isi ayam goreng dari sup, dicarik halus 
* daun sup, hiris kecil 
* daun bawang, hiris kecil 
* cili merah, hiris nipis 
* kacang tanah, goreng dalam minyak 
* begedil

Bahan untuk kuah kicap bercili

* 1 mangkuk kecil kicap manis 
* 10-15 biji cili padi 
* 5 ulas bawang putih 
* 2 biji limau kasturi

Cara Penyediaan: 

1. Panaskan minyak masak, masukkan bahan tumis dan kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan bahan kisar. Kacau dan masak rempah sehingga garing. 
2. Masukkan ayam dan kacau selama 1-2 minit. Masukkan air, kiub ayam dan rebus sup sehingga mendidih seketika. Masukkan pula santan pekat dan masak sehingga ayam lembut dan empuk. 
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 
4. Angkat ketulan ayam dan gorengkan seketika sehingga kekuningan. Sejukkan dan carik isi ayam. 
5. Hidangkan dengan cara masukkan ketulan nasi impit, isi ayam, taugeh, daun sup, cili merah, begedil, bawang goreng, suhun goreng dan kacang tanah. Tuang kuah secukupnya. Soto harus dimakan bersama cili kicap.

Cara untuk cili kicap:

1. Goreng cili dan bawang putih di dalam minyak sehingga lembut dan angkat. 
2. Dalam pengisar, masukkan cili dan bawang putih goreng tadi dan kisar sehingga halus. 
3. Tuang ke dalam mangkuk dan perah jus limau kasturi. Kacau sebati.

SELAMAT MENCUBA

-sekian-
Previous
Next Post »