Kuey Teow Kungfu Cili Potong Menu Makan Malam Simple

Menu ringkas makan malam dinner


Assalamualaikum

Macam biasa la aku ni kalau bab-bab makan ni memang suka je nak kongsi pada semua. Sebab tu la aku buat blog ni. Harapnya apa yang aku kongsi dalam blog ni ramai yang suka. Insyallah. Bila dah petang, mesti sebok nak cari menu makan malam kan? Macam tu la aku. Balik dari kerja je, mesti sebok dalam otak ni pikir nak makan ape hari ni. Ape la agaknye rezeki yang tuhan dah tulis untuk aku. 

Jadi, hari ni aku pun dengan rajinnya memberhentikan moto aku di depan sebuah kedai makan dekat-dekat dengan taman aku. Hari ni aku malas nak masak. Sebab penat ditambah pulak tak sihat. Lagipun, kat rumah aku bukan ade sesiapa pun. Jadi, aku memilih untuk beli je la. Mudah kan?

So, menu aku hari ni untuk makan malam ialah Kuey Teow Goreng Kungfu bersama dengan Cili Potong. Kalau nak tahu, menu Kuey Teow Kungfu ni kegemaran yang amat sangat aku dengan bini aku. Kalau la memasing malas nak masak kat rumah makan kat luar je majoriti kami akan order Kuey Teow Kungfu ni. Lagi best, tuan kedai makan dekat taman aku ni siap dah tahu dah. Kalau aku datang je kedai dia, memang tak lain dan tak bukan, Kuey Teow Kungfu la yang aku order. Hehehe
Menu+ringkas+makan+malam+dinner

Resepi Kuey Teow Kungfu?


Kalau nak tunjuk resepi sendiri, aku memang tak buat lagi la. Tapi aku kongsikan la resepi yang aku ambil dari orang. Zaman sekarang ni kan, kita google je Resepi Kuey Teow Kungfu, berjuta resepi akan keluar. Betul tak? Tinggal ikut kita nak buat atau tak jer. Selain google, kalau kita cari resepi kat facbook pun boleh. Tapi je kat butang search tu. Keluar la berbagai-bagai resepi. Bukan sahaja Resepi Kuey Teow Kungfu yang sedap ni. Segala macam makanan mesti ade la. Tu la kehebatan teknologi kan.? Hehehe. Resepi ni aku dapat dari Ummie Hani.

Resepi Kueytiow Kungfu Bahan A 

400 gm kuey teow 
5 biji telur [ dipukul] 

Bahan B 

100 gm udang basah [buangkan kulit] 
150 gm ayam [dihiris] 
1 biji panjang fish cake [potong nipis] 
3 ulas bawang putih [dicincang] 
100 gm brokoli [dipotong] 
100 gm bunga kobis [dipotong] 
100 gm Lobak merah [potong kecil dan panjang] 
5 tangkai baby corn 
2 sudu besar minyak masak 
2 s/b tepung jagung 1 cawan air [bancuhkan]
1 cawan air rebusan ayam 
2 s/b sos tiram 
1 s/b lada sulah 
garam 
minyak 

Cara Penyediaan Kuey Teow Kungfu

  1. Panaskan minyak dan goreng kuey tiow yang telah digaul bersama telur dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan. 
  2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake. 
  3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan lobak merah. 
  4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
  5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau. 
  6. Tuang kuah ke atas kuey tiow dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas


Dalam banyak-banyak resepi Kuey Teow Kungfu, ni macam yang paling mudah dan nampak sedap. Ade masa aku nak suruh bini aku buat la. Kalau tak pun aku buat sendiri je nanti la. Hehehe. Insyallah. Ok la itu sahaja perkongsian ringkas dari aku. Harap bermakna. Terima kasih tuan punya resepi. Aku pinjam kejap. Nanti aku dah buat, aku bagi resepi yang aku punya pulak.

-sekian-
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
NURUL AFIQAH
AUTHOR
5 Ogos 2015 11:23 PTG delete

Favourite sy jgk ni..tq bg resepi,boleh try bila rajin nanti.hehe..

Reply
avatar