Resepi Sambal Tempe dengan Bilis yang mudah

Resepi sambal tempe dengan bilis yang simple dan mudah


Assalamualaikum

Aku dengan tempe memang tak dapt di pisahkan. Dulu masa kecik-kecik, kalau kat sekolah masa rehat tempe goreng dengan sambal kicap memang antara juadah wajib aku makan. Sepotong tempe goreng dulu 20 sen jer. Sekarang tak tahu la berapam Yang pasti mesti mahal sikit kan. Ye la GST katanya. Hahaha

Ok la, aritu bini yang aku cintai ade masak kan aku Sambal Tempe Goreng dengan Bilis. Kebetulan masa aku beli barang dapur, aku ternampak tempe yang bungkus dalam plastik. Moden kan, dalam plastik la die buat. Kalau kat kampung aku diorang guna daun pisang lagi. Dan memang antara dua ni ada bezanya. Kalau tempe yang dalam plastik ni kadang tu die macam sikit lemba. Sebab penudaraan tak de. Dan dia jugak tak tahan lama berbanding yang di bungkus dengan daun pisang.

Bila bini aku nak buat kan aku Sambal Tempe, dengan riang aku bergembi sambil golek-golek. Hehehe. Resepi ni Sambal Tempe yang bini aku buat ni mudah jer. Bahan utama die tempe dengan bilis. Kira bila makan tu rasa tempe dan bilis yang di goreng akan berirama dondang sayang di dalam mulut. Kerangupan bilis tu perghhh.. Memang mengancam la. Huhuhuhu 
Resepi+sambal+tempe+dengan+bilis+yang+simple+dan+mudah

Resepi Sambal Tempe dengan Bilis

2 Paket Tempe
Cili padi @ Cili merah
3 Ulas bawang merah
2 Ulas bawang putih
Bilis
Air Asam Jawa
Garam
Gula

Cara nak buatnya Sambal Tempe dengan Bilis


1. Tempe tadi di potong dadu dan di goreng garing
2. Tumbuk atau blende bawan merah, putih, bilis dan cili.
3. Tumis kan bahan yang di tumbuk tadi sehingga naik bau.
4. Setelah naik bau, masukkan air asam
5. Seterusnya masukkan tempe yang telah digoreng tadi.
6. Seduaikan rasa dengan garam dan gula.
7. Biarkan seketika di atas api.
8. Sedia untuk dihidang.

Haaa senang kan? Jangan lupa untuk mencuba. Ade orang die pelbagaikan isi sambal dengan tambah petai. Korang boleh la bereksperimentasi dalam resepi korang. Takde salah la. Selamat mencuba.

-sekian
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Eny Abdullah
AUTHOR
29 Julai 2015 9:59 PTG delete

aikkkk bila buka blog resepi ni????

Reply
avatar
Papaglamz
AUTHOR
29 Julai 2015 10:08 PTG delete

Hahaha.. Bru ni.. Ni experimntal blog kek ny.. Kalau nak main dgn coding2.. main adjust2 templete.. huhuhu..

Reply
avatar