Tapai Pulut Semanis Kenangan

Tapai pulut sebagai menu minum petang


Assalammualaikum

Petang tadi dalam perjalanan balik dari kerja tiba-tiba lidah aku tersa payau-payau. Kenapa aku pun tak tahu la. Mungkin sebab masa balik, moto yang aku pandu sepanjang perjalanan aku kat belakang lori yang bawak tanah merah. Berhabuk. Kejam la lori-lori ni. Buat tekak aku sakit jer. Dah nak sampai taman rumah, aku pun singgah kedai mak cik tepi jalan nak beli kuih.

Aku beli la sikit tapai pulut. Tengok-tengok macam ok jer. Lagipun lama aku dah tak merasa tapai pulut ni. Sampai kat rumah pun aku dengan ketidaksabaranya terus la makan. Tipu..!! Tak makan dulu. Photoshoot sekeping due baru la makan. Hahaha. Biasa la, blogger macam ni la. Setiap perkara mesti nak amek gambar kan? 

Ok, rasa tapai pulut ni memang sedap. Manisnya cukup. Boleh aku katakan tapai pulut ni cukup peraman dia. Tu yang menjadi. Kadang tu ade tapai pulut yang tak berapa manis dan pulut die keras lagi, tapi die dah jual. Kena pandai la pilih. Kalau tak pun ikut la rezeki korang nak dapa yang macam mana kan.. Heheheh

Ok minum petang done..!! Tapai pulut dengan air masak jer. Makan benda manis, minum air masak jer la. Keseimbangan giteww. Tapi ingat, makan tapai pulut ni tak boleh selalu sangat. Nanti kang dapat kencing manis pulak. Berpada-pada sudah la ok...!!

Nah aku kongsi sikit gambar tapai pulut yang aku makan petang tadi.

Tapai+pulut+sebagai+menu+minum+petang

Ok la.. Sampai sini je yang dapat aku kongsikan. Nanati aku update lagi pasal makan.. makan.. dan makan kat korang semua.

-sekian-
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Hash
AUTHOR
28 Julai 2015 pada 10:29 PTG delete

Ibu saya champion buat tapai pulut..bungkus ngan daun getah.. Namanya "Tapai pulut semanis kasih Ibu".. He he..

Reply
avatar
Papaglamz
AUTHOR
28 Julai 2015 pada 10:34 PTG delete

Wahhhh.. sedap nama tu.. Hehehehe..

Reply
avatar